Pages

Wednesday, March 16, 2011

Pusat Kajian Zionis : Qaradhawi ancaman terbesar Israel!

Al-Imam al-Qaradhawi, seorang rakyat biasa yang tiada ‘apa-apa’.

Tiada pangkat.
Tanpa jawatan rasmi negara.
Hidup pula ‘menumpang’ di negara orang, negara Qatar.
Sudahlah begitu, beliau kini begitu lanjut usia, 82 tahun.
Apa yang dimilikinya, hanya lidah dan pena.
Beliau jauh berbeza dengan raja-raja Arab yang kaya raya. Yang bukan sahaja memiliki kekuatan, tapi juga dokongan kuasa-kuasa besar dunia.
Tidak juga sama dengan diktator-diktator Arab lain. Mereka memiliki negara dan senjata.
Namun, insan yang tiada 'apa-apa' inilah yang paling digeruni 'budak jahat' peliharaan Amerika, Israel.

Bukan raja-raja Arab yang megah. Bukan negara-negara Arab yang kelihatan gah. Bukan juga diktator-diktator Arab bedebah!

Tapi hanya seorang insan yang iman dan ilmunya sangat 'gagah'!
Imam Qaradhawi tumpuan media Israel

Kebelakangan ini, al-Imam al-Allamah Syaikh Yusuf al-Qaradhawi, imam zaman ini, yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, mendapat tumpuan luar biasa media-media dan pusat-pusat kajian Israel.
Media-media dan pusat-pusat kajian Israel tersebut, kini memberi tumpuan kepada penyediaan laporan, kajian akademik dan perisikan berkenaan identiti ulama besar ini dan aliran pemikiran beliau.
Ia bertujuan meninjau sejauh mana kemampuan beliau mempengaruhi masyarakat Mesir, negara Arab yang paling berpengaruh di Timur Tengah itu.
Media-media Israel dan pusat-pusat kajian mereka menganggap, pada masa sekarang, Qaradhawi merupakan ancaman paling bahaya-melebihi mana-mana ancaman lain-ke atas Israel dan masa depan negara itu di Timur Tengah.  
Akhbar Mesir, al-Wafd memetik satu kenyataan Dr. Sameh Abbas, pakar Hal Ehwal Strategik Israel.

Beliau menyatakan, pusat-pusat kajian Israel kini memberi tumpuan khusus kepada usaha-usaha menganalisa identiti Qaradhawi, hingga ke tahap membuat kajian kualitatif tentang sahsiah beliau.
Kajian ini turut membuat penyelidikan tentang sejarah dan pendirian beliau sepanjang sejarah hidupnya, samada berkenaan soal-soal kenegaraan ataupun keagamaan.
Ia bertujuan mengenal pasti rahsia-rahsia identiti Qaradhawi yang begitu berpengaruh di kalangan sebahagian besar umat Islam.

(Rujukhttp://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7950&version=1&template_id=116&parent_id=114)

Makna tersirat
Tumpuan besar Israel ke atas sahsiah al-Imam al-Qaradhawi, memberi satu makna yang penting.
Iaitu, Qaradhawi bukan hanya seorang individu.

Tapi beliau juga adalah sebuah 'institusi'. Sebuah 'organisasi'. 'Institusi' dan 'organisasi' yang wujud pada satu sosok peribadi.
Namun, dalam keasyikan berbicara tentang kehebatan Qaradhawi, janganlah lupa perilaku Israel yang boleh dijadikan contoh.
Mereka bergerak berasaskan fakta. Berlandaskan maklumat. Berpandukan kajian yang muktamad.

Justeru itu, mereka mengkaji keperibadian dan pemikiran Imam al-Qaradhawi.

Inilah cara mereka bergerak.
Bagaimana dengan kita? Gerakan Islam kita di sini? Gerakan dakwah kita?
Tapi...

Wujudkah seorang individu dalam bentuk satu 'institusi' atau 'organisasi'?
Lebih dari itu pun wujud.

Iaitu, seorang individu wujud dalam bentuk satu ummah.

Dia seorang individu. Hanya orang perseorangan.

Tapi hakikatnya adalah seperti satu ummah.

Siapa lagi kalau bukan Bapa kita, Nabi Ibrahim صلى الله عليه وعلى نبينا وسلم?
ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ

“Sesungguhnya Ibrahim adalah satu umat yang taat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari kalangan orang-orang yang musyrik”. (An-Nahl : 120)

Allahu Akbar!

No comments:

Post a Comment