Pages

Sunday, November 7, 2010

Salafi tidak boleh naik mimbar : Menteri Agama Mesir, Dr. Zaqzuq

Pengikut aliran Salafiyyah sudah tidak ada ruang untuk menaiki mimbar-mimbar masjid di Mesir.

Ini berikutan penegasan Menteri Agama Mesir (Wazir al-Awqaf) sendiri, Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq.

Beliau dilaporkan bertegas tidak akan membenarkan mana-mana pengikut aliran Salafiyyah menaiki mimbar-mimbar masjid di Mesir. Beliau menyatakan pendirian ini dalam satu pertemuan dengan imam-imam masjid di Mesir.


Dr. Zaqzuq
Menurut beliau, 'penganut' aliran Salafiyyah hanya mengambil bentuk luaran agama, bukan intipatinya.
Mereka juga, menurut Zaqzuq, mengambil pendirian yang keras dalam soal-soal keagamaan (mutasyaddid).

Disamping mereka menjadikan Islam tertegak di atas muharramat (perkara-perkara yang haram) dan mahzurat (tegahan-tegahan) sedangkan, menurut beliau lagi, pengharaman sesuatu itu tidak boleh dilakukan melainkan dengan nas-nas yang jelas mengharamkan sesuatu itu.

Jika diperhatikan kritikan Dr. Zaqzuq ini terhadap aliran Salafiyyah, dapatlah difahami sebab beliau mengambil pendirian ini.

Mereka ditegah oleh Menteri Agama Mesir itu menaiki mimbar-mimbar masjid bukan kerana nama mereka Salafiyyah. Tetapi kerana manhaj dan pembawaan mereka.

Mereka didakwa hanya mengambil bentuk luaran agama, bukannya intipati agama itu sendiri. Disamping mudah mengharamkan sesuatu. Demikian dakwaan Dr. Zaqzuq.

Sumber : http://www.onislam.net/arabic/newsanalysis/newsreports/islamic-world/126478-2010-11-07-13-25-56.html







No comments:

Post a Comment