Semua orang mendambakan perubahan di tanah air sendiri. Tetapi, tidak semua tahu bagaimana perubahan itu boleh dicetuskan. Dan tidak semua melakukan tindakan yang betul dalam mengusahakan sebuah perubahan.
Inilah dua masalah agenda perubahan. Orang yang mahu mencetuskan perubahan, tidak tahu bagaimana cara mencetuskan perubahan. Satu lagi masalah, tindakan yang tidak betul dalam menuntut perubahan.
Dua persoalan ini dirungkaikan oleh fakta-fakta berikut.
Pertama, kaedah umum berkenaan perubahan ialah, perubahan bukan pemberian pemerintah kepada rakyat. Pemerintah tidak akan membuat perubahan dengan mudah.
Perubahan sebaliknya berlaku hasil tuntutan dan desakan rakyat. Inilah yang berlaku di seluruh dunia hari ini. Perubahan yang berlaku di banyak negara di dunia tidak pernah diberikan secara percuma oleh pemerintah.
Lebih dahsyat, ada pemimpin yang enggan berubah walaupun didesak majoriti rakyat seperti yang berlaku di Ivory Coast.
Justeru, adalah silap rakyat sekadar mengharapkan perubahan akan berlaku tanpa mereka menuntut dan mendesak.
Inilah kaedah membuat perubahan.
Dengan sebab itu, saya kurang bersetuju perubahan HANYA dilakukan dengan cara rakyat sekadar memberi kesedaran kepada pemimpin tentang tanggungjawab mereka melakukan perubahan.
Tidak cukup sekadar itu. Rakyat sebaliknya perlu mendesak dan menuntut perubahan. Inilah yang berlaku di negara-negara maju.
Kedua, perubahan hanya akan berlaku bila wujud dua elemen dalam masyarakat, iaitu kesedaran rakyat akan keperluan perubahan; dan usaha mereka dalam melakukan perubahan. Rakyat yang hanya sedar tentang kepincangan dalam negara, tetapi hanya berpeluk tubuh, tidak akan berjaya mencetuskan perubahan.
Inilah dasar atau kaedah agenda perubahan.
Kepada yang mahukan perubahan, inilah jalannya!
No comments:
Post a Comment