Isu dakwa mendakwa antara dua tokoh besar tanah air, Tun Mahathir dan Dato’ Nik Aziz boleh selesai jika kaedah yang muktamad dijadikan rujukan.
Dalam pertikaian antara dua tokoh ini, kaedah yang dinyatakan jumhur (majoriti) ulama, iaitu ‘Lazim al-Mazhab Laisa Bi Mazhab’ (dibaca Lazimul Mazhab Laisa Bi Mazhab), perlu dijadikan rujukan.
Kaedah ini bermaksud, ‘rentetan atau cetusan (dalam Bahasa Arab disebut lazim) daripada sesuatu mazhab atau pandangan, bukan merupakan mazhab’.
Sesetengah ulama mengungkapkannya dengan ‘Lazim al-Qaul Laisa Bi Qaul’ iaitu ‘rentetan atau cetusan daripada sesuatu pandangan, bukan merupakan pandangan’.

Yang dimaksudkan dengan mazhab di sini ialah pandangan atau pegangan berhubung sesuatu perkara.
Huraian kaedah Lazimul Mazhab Laisa Bi Mazhab
Sesuatu mazhab atau pandangan itu biasanya mencetuskan satu pengertian lain secara automatik. Contoh yang relevan dengan isu pertikaian antara dua tokoh ini ialah, dakwaan yang berbunyi 'UMNO menolak Islam’.
'UMNO menolak Islam' adalah pegangan atau mazhab pihak yang mendakwa. Oleh kerana dakwaan ini disebut sendiri oleh yang mendakwa, maka boleh tegaskan bahawa pendakwa tersebut telah mendakwa bahawa UMNO menolak Islam.

Mazhab atau dakwaan ini mencetuskan satu pengertian lain. Iaitu 'UMNO adalah kafir'. Bagi sesetengah pihak, tiada makna lain bagi dakwaan 'UMNO menolak Islam', selain 'UMNO adalah kafir'.
‘UMNO adalah kafir’ adalah rentetan atau lazim daripada dakwaan tadi, iaitu 'UMNO menolak Islam'.

Walau bagaimana pun, rentetan atau lazim ini (UMNO adalah kafir), tidak diucapkan oleh orang yang mendakwa 'UMNO menolak Islam'. Ia sebaliknya hanya merupakan rentetan daripada dakwaannya sahaja, iaitu 'UMNO menolak Islam'.
Persoalannya, bolehkan rentetan ini (UMNO adalah kafir) disandarkan kepada orang yang membuat dakwaan 'UMNO menolak Islam'?. Persoalan timbul kerana individu tersebut hanya mengatakan "UMNO menolak Islam". Tetapi beliau tidak mengatakan "UMNO adalah kafir".
Demikianlah pengertian kaedah Lazim al-Mazhab Laisa Bi Mazhab atau Lazim al-Qaul Laisa Bi Qaul.

Rentetan daripada sesuatu pendapat, tidak dikira pendapat
Jumhur ulama menegaskan bahawa ‘rentetan pengertian’ atau lazim yang tercetus daripada sesuatu pendapat atau mazhab, tidak boleh disandarkan kepada orang yang berpegang kepada pendapat atau mazhab tadi.
Jelasnya, orang yang mendakwa 'UMNO menolak Islam', tidak boleh didakwa sebagai mendakwa 'UMNO adalah kafir'.

Justeru kerana berpegang kepada kaedah Lazim al-Mazhab Laisa Bi Mazhab inilah, maka ulama memfatwakan bahawa orang yang mendakwa Syaidina Abu Bakar r.a tidak wujud, tidak menjadi kafir(Rujuk Hasyiata al-Qalyubi Wa 'Umairah di permulaan Kitan al-Riddah).
Mengapa?
Mengapa?
Untuk memahami perkara ini, perlu dihuraikan perkara berikut.
Pertama, al-Quran menyebut dengan jelas peristiwa Nabi s.a.w dengan seorang sahabat Baginda yang bermaksu,d "ketika dia berkata kepada sahabatnya, "janganlah engkau berdukacita" (al-Taubah : 40)
Para sahabat berijmak bahawa yang dimaksudkan dengan "sahabatnya" dalam ayat ini, ialah Syaidina Abu Bakar r.a (Rujuk Hasyiah al-Dasuqi 'Ala al-Syarh al-Kabir, jld.18, hlm.294).
Ertinya, kedudukan Syaidina Abu Bakar sebagai seorang sahabat Nabi s.a.w, adalah perkara qat’ie. Ini kerana ia disebut dengan jelas oleh al-Quran.
Justeru, sesiapa yang mendakwa Syaidina Abu Bakar r.a bukan sahabat Nabi s.a.w, menjadi kafir kerana telah membuat dakwaan yang jelas bercanggah dengan keterangan al-Quran.

Bagaimana pula dengan orang yang mendakwa 'Syaidina Abu Bakar sebenarnya tidak wujud'?
Dakwaan ini melahirkan satu 'rentetan pengertian' atau lazim, iaitu 'Syaidina Abu Bakar r.a bukan seorang sahabat Nabi s.a.w'. Ini kerana, adalah mustahil seseorang yang tidak wujud, boleh menjadi sahabat Nabi s.a.w.
Walau bagaiman pun, 'rentetan pengertian' ini (Syaidina Abu Bakar r.a bukan sahabat Nabi s.a.w), tidak diucapkan oleh orang yang mendakwa 'Syaidina Abu Bakar tidak wujud'. Yang diucapkannya hanyalah 'Syaidina Abu Bakar r.a tidak wujud'.

Persoalannya, mengapa orang yang mendakwa sedemikian tidak menjadi kafir, sedangkan dakwaan itu dengan sendirinya menafikan kedudukan Syaidina Abu Bakar sebagai seorang sahabat Nabi s.a.w, yang dinyatakan al-Quran dalam surah al-Taubah tadi?
Jawabnya, orang tersebut tidak menjadi kafir kerana Lazim al-Mazhab Laisa Bi Mazhab. Atau ‘rentetan pengertian' daripada sesuatu pendapat atau mazhab, tidak dikira sebagai pendapat atau mazhab’.
Satu lagi contoh ialah hukum orang yang mengatakan Allah sejenis jisim.
Para ulama mengatakan, individu yang hanya sekadar berpendapat sedemikian, tidak menjadi kafir (Rujuk Hasyiah al-Bujairimi 'Ala al-Khatib, jld.5, hlm.116).
Memang benar dakwaan Allah sejenis jisim mencetuskan satu 'rentetan pengertian' atau lazim, iaitu Allah mempunyai sifat-sifat jisim, seperti warna dan arah. Kepercayaan bahawa Allah mempunyai warna atau arah adalah kekufuran yang nyata.
Walaupun begitu, individu tersebut tidak dihukumkan sebagai kafir kerana Lazim al-Mazhab Laisa Bi Mazhab.
Kedua-dua ucapan di atas, meskipun tidak menjadikan seseorang itu kafir, tetapi ia adalah dosa yang sangat nyata.
Rentetan daripada sesuatu pendapat dikira sebagai pendapat dengan syarat
Rentetan atau cetusan daripada sesuatu pendapat atau mazhab, hanya dikira sebagai pendapat atau mazhab, apabila seseorang itu mengucapkannya atau menerima 'rentetan' atau cetusan itu. (Rujuk al-Qawa'id al-Muthla Fi Sifatillah Wa Asma'ih al-Husna, karangan Syaikh 'Uthaimin, hlm.16)
Oleh itu, hendaklah ditanya orang yang mendakwa 'Syaidina Abu Bakar tidak wujud', samada dia menerima rentetan atau cetusan daripada dakwaannya ini, atau tidak. Iaitu Syaidina Abu Bakar r.a bukan seorang sahabat Nabi s.a.w.
Jika dia menerima, barulah boleh dikatakan bahawa dia telah mendakwa 'Syaidina Abu Bakar bukan sahabat Nabi s.aw'. Jika dia tidak menerimanya, maka tidak boleh dikatakan bahawa dia telah berkata 'Syaidina Abu Bakar bukan seorang sahabat Nabi s.a.w'.
Demikianlah juga halnya dengan orang yang mengatakan bahawa Allah sejenis jisim.

Kaedah penyelesaian dakwaan 'UMNO kafir'
Justeru, dalam kes dakwaan 'UMNO menolak Islam', hendaklah ditanya orang yang mendakwa sedemikian, adakah dia menerima 'rentetan' atau cetusan daripada kenyataannya itu (iaitu UMNO kafir), atau tidak?
Jika dia menerimanya, barulah boleh dikatakan bahawa dia telah menuduh UMNO adalah kafir.
Tetapi, jika dia tidak menerima rentetan itu dengan berkata, "saya hanya berkata UMNO menolak Islam, tetapi saya tidak berkata UMNO kafir", maka tidak boleh didakwa bahawa dia telah menuduh UMNO adalah Kafir.
Demikianlah kedudukan kes pertikaian antara dua tokoh besar tanah air ini berdasarkan kaedah yang diguna pakai oleh jumhur ulama.

Persoalan yang berbangkit di sini ialah, mengapa 'rentetan atau cetusan makna' ini tidak diterima sebagai pendapat atau mazhab?
Jawabnya, manusia kadang-kadang lupa dan tidak terlintas langsung 'rentetan' yang akan dicetuskan oleh kata-kata dan ucapannya. Terutamanya jika berucap dalam keadaan tertekan, marah atau beremosi. (Rujuk al-Qawa'id al-Muthla Fi Sifatillah Wa Asma'ih al-Husna, karangan Syaikh 'Uthaimin, hlm.16)
Jika 'rentetan makna' ini mahu juga dianggap sebagai pendapat atau mazhab, maka keadaan akan menjadi kusut dan haru biru.
Jika begitu, bolehlah dinyatakan bahawa orang yang mendakwa seseorang itu hanya hidup untuk menang pilihanraya, telah menuduhnya sebagai ahli neraka.

Ini kerana, orang yang hidup hanya untuk menang pilihanraya, hanya hidup untuk dunia. Orang yang hidup hanya untuk dunia, tempatnya adalah neraka. Jadi orang itu adalah ahli neraka!
Adalah tidak adil, seorang yang mengatakan 'seseorang individu itu hanya hidup untuk menang pilihanraya', didakwa sebagai telah menuduh orang itu sebagai ahli neraka.
Demikian juga, adalah tidak adil, mendakwa orang yang mengatakan 'UMNO menolak Islam', sebagai telah menuduh UMNO adalah kafir.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah berpegang kepada kaedah Lazim al-Mazhab Laisa Bi Mazhab ini bagi memuktamadkan pertikaian ini. Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment