Pages

Monday, October 18, 2010

Ketidakharusan korban untuk orang lain : Beberapa pengecualian

Posting sebelum ini memperkatakan tentang hukum hakam berkaitan ibadat korban. Iaitu, hukum melakukan korban untuk orang lain, samada orang yang masih hidup atau pun telah mati.

Ringkasnya, melakukan korban untuk orang lain DIBOLEHKAN dengan SYARAT ada keizinan daripada orang berkenaan. Jika orang berkenaan telah mati, korban hanya boleh dilakukan untuknya jika dia mewasiatkan sedemikian.

Posting kali ini pula berkaitan pengecualian daripada hukum yang dinyatakan pada posting yang lepas. Dalam erti kata lain, posting ini menerangkan keharusan melakukan korban untuk orang lain, meski pun tanpa keizinannya. Keharusan ini hanya khusus bagi 4 keadaan.

Keadaan pertama : Seseorang yang melakukan korban untuk ahli rumahnya. Tindakan ini DIHARUSKAN walaupun tiada keizinan daripada mereka.

Keadaan kedua : Seseorang yang menyembelih binatang milik orang lain, yang dinazarkan untuk dijadikan korban.

Contohnya, si A telah bernazar untuk mengorbankan seekor lembu yang khusus (yang ditentukan). Kemudian, si B menyembelih lembu tersebut pada hari Raya Haji tanpa keizinannya( si A).

Penyembelihan tersebut dianggap sebagai korban, walaupun tanpa keizinan si A selaku orang yang bernazar.

Keadaan ketiga : Korban yang dilakukan oleh pemerintah untuk semua umat Islam.

Pemerintah dibenarkan menggunakan wang Baitul Mal untuk melakukan korban untuk semua umat Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Mawardi.

Keadaan keempat : Penjaga (al-waliy) melakukan korban menggunakan wangnya sendiri untuk orang-orang di bawah jagaannya. Ia diharuskan sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Bulqiniy dan al-Azra'ie.

Keterangan hukum di atas dinyatakan oleh Syaikh Khatib Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj ketika menghuraikan matan al-Minhaj Imam Nawawi yang berbunyi :

ولا أضحية عن الغير ولا عن ميت إن لم يوص بها
Sekian.

No comments:

Post a Comment