Juha dan pampasan tampar
Suatu hari, Juha membeli belah di pasar. Tiba-tiba datang seorang lelaki dari arah belakang, lalu menampar Juha.
Juha segera menoleh ke belakang. Beliau segera meluru untuk menumbuk lelaki tersebut. Tetapi lelaki itu berkali-kali memohon maaf.
“Maafkan saya tuan. Saya sangkakan tuan adalah si anu si anu”, kata si lelaki.
Juha tidak dapat menerima permohonan maaf itu. Beliau bertegas mendakwanya di mahkamah. Akhirnya, Juha dan si lelaki pergi menemui hakim di mahkamah.
Kebetulan, hakim tersebut adalah kaum kerabat si lelaki. Setelah mendengar dakwaan Juha, hakim memberi isyarat dengan matanya kepada si lelaki. Isyarat itu bermaksud dia akan membebaskan si lelaki.
Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman kepada si lelaki. Iaitu membayar kepada Juha sebanyak 20 dinar.
Juha dalam mahkamah |
“Tapi, saya tidak ada satu sen pun sekarang ini”, kata si lelaki.
Sambil memberi isyarat dengan matanya, hakim berkata, “pergilah sekarang, dan bawa ke sini 20 dinar sekarang juga. Juha akan menunggu kamu di sini”.
Lelaki tersebut pun pergi. Sementara itu, Juha duduk bersama hakim menunggunya datang membawa wang denda.
Setelah lama menunggu, si lelaki masih belum datang. Setelah berjam-jam menunggu, akhirnya Juha faham permainan hakim. Apatah lagi setelah menyedari isyarat mata yang dilakukan hakim kepada si lelaki.
Tanpa berlengah, Juha terus meluru ke arah hakim.
Dengan pantas beliau menampar hakim hingga terlucut serbannya, sambil berkata, “apabila si lelaki datang membawa 20 dinar, tuan ambillah wang pampasan itu!!”.
Juha terus berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment