Pages

Tuesday, September 7, 2010

Hukum solat Jumaat bagi yang telah solat Hari Raya : Pandangan Mazhab Syafie.

Bila Hari Raya jatuh hari Jumaat, sering timbul persoalan, wajibkah orang yang telah menunaikan solat sunat Hari Raya, menunaikan solat Jumaat?

Saya akan tinjau persoalan ini melalui pandangan Mazhab Syafie. Tadi saya terbaca dalam satu laman web, mengatakan menurut Mazhab Syafie, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah menunaikan solat sunat Hari Raya.

Sebenarnya, kenyataan ini TIDAK tepat. Ini kerana, seperti yang ditegaskan oleh Mufti Mesir, Syaikh Ali Jum'ah, pendapat yang PALING sahih dalam Mazhab Syafie ialah seperti berikut :

1. Gugur kewajipan solat Jumaat bagi penduduk PENDALAMAN yang wajib ke atas mereka solat Jumaat. Ini kerana, mewajibkan mereka solat Jumaat satu bebanan ke atas mereka kerana terpaksa keluar ke bandar sebanyak 2 kali, kali pertama semasa hendak menunaikan solat Hari Raya; dan kedua, untuk solat Jumaat.

2. Solat Jumaat tetap WAJIB ke atas penduduk bandar/kampung yang didirikan di situ solat Jumaat. Ini kerana, tidak menjadi masalah kepada mereka untuk ke masjid semula (setelah solat Hari Raya)bagi menunaikan solat Jumaat kerana masjid berdekatan dengan penempatan mereka.

Demikianlah pandangan Mazhab Syafie berhubung perkara ini.

Yang menarik ialah kenyataan Syaikh Ali Jum'ah yang mengatakan "sesiapa yang menghadapi kesukaran untuk solat Jumaat (setelah solat Hari Raya) ATAU mahu bertaqlid kepada pendapat yang mengatakan kewajipan solat Jumaat gugur (bagi orang yang telah menunaikan solat sunat Hari Raya), bolehlah berbuat demikian".

Syaikh Ali Jum'ah yang  bermazhabkan Mazhab Syafie ternyata begitu terbuka!.
Untuk keterangan lanjut sila lawati http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=1401&LangID=1

No comments:

Post a Comment