Pages

Monday, September 6, 2010

Mutiara Hikmat

[Posting percubaan]
Al-Ahnaf Ibn Qais berkata : “[Yang dinamakan] maruah ialah engkau tidak melakukan semasa bersendirian sesuatu [perkara] yang engkau malu [melakukannya] di hadapan khalayak”

***
Seorang failasuf (ahli falsafah) ditanya, “dengan apa seseorang itu patut membalas kejahatan musuhnya?”. Beliau menjawab, “dengan memperbaiki dirinya sendiri”.
***
Seorang failasuf yang lain ditanya, “apakah makna sifat pemurah?”. Beliau menjawab, “bersedekah dengan harta kamu dan menjauhkan diri kamu daripada harta orang lain”.
***
Seorang lagi failasuf ditanya, “bagaimana saya boleh mengenali sahabat saya yang ikhlas?”. Beliau menjawab, “jangan diberi [sesuatu] kepadanya dan mintalah [sesuatu] daripadanya. Jika dia memberikanmu [apa yang kamu minta], maka itulah dia [sahabat yang ikhlas]. Jika dia tidak memberikanmu [apa yang engkau minta], maka hanya Allah lah tempat memohon pertolongan”.
***
Dikatakan kepada seorang failasuf, “apakah yang tuan inginkan?”. Beliau menjawab, “kesihatan sepanjang hari”. Dikatakan kepadanya, “bukankah tuan dalam [keadaan] sihat sepanjang hari?”. Beliau berkata, “kesihatan [yang hakiki] ialah berlalunya hari tanpa [dicemari] dosa”.

No comments:

Post a Comment